Teman Seperjuangan

Belongings Of The Prophet P B U H

Program Penghuni Syurga - Part 1




Mengejar Kaseh Dan Syurga Tuhan tak semudah ucapan di bibir, tak semudah menaip di blog-blog untuk tatapan insan2 yang dahagakan ruh baru,tak semudah menyelak 'kitab-kitab' comel bersaiz buku 555 yang berbicara tentang nikmat Islam dan Iman, tak semudah juga menadah telinga mendengar kuliah-kuliah online, tak semudah..x semudah..dan x semudah e2.
Namun Bisa saja..Kita berusaha walau sedetik cuma.

ProGRaM PeNGHuNi SyuRGa menyusul mengikut sorotan mata anda.




1- Memelihara Waktu Solat

Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang maksudnya bahawa nanti setelah manusia dihisab, ia akan masuk syurga. Para malaikat berkata kepadanya: "Tunggulah di sini di bawah lindungan ini, di dekat pintu syurga." Orang itu dapat melihat seluruh istana, pasangan-pasangannya, dan kebun-kebun yang di dalamnya. Setelah seketika berlalu, bertambahlah kerinduannya kepada apa yang diberikan Allah kepadanya. Dia berkata: "Wahai Malaikat Rahmat, aku melihat orang-orang sesudahku masuk ke syurga sedangkan aku diakhirkan di sini. Mengapa diakhir-akhir?" Para Malaikat menjawab: "Aku mengakhirkan kamu kerana kamu mengakhirkan solatmu di dunia".

2- Menghadiri Solat Berjamaah

Rasulullah saww bersabda kepada Jibril as: "Apa yang diperoleh ummatku dalam solat berjamaah?" Jibril as berkata: "Wahai Muhammad, setiap rakaat yang dilakukan seorang Mukmin bersama imam jamaah lebih baik baginya daripada bersedekah seratus ribu dinar kepada orang miskin; satu sujud yang dia lakukan bersama imam lebih baik daripada ibadat satu tahun..Tidak ada azab kubur dan kepedihan Hari Kiamat bagi orang yang menjalankan sunnah dan jamaah."
Rasulullah saww bersabda: "Takbir yang pertama bersama imam lebih baik daripada dunia dan segala isinya."

3- Bertasbih Dengan Tasbih Az-Zahra' Terutama Setelah Solat.

Mengejar Kaseh Dan Syurga Tuhan tak semudah ucapan di bibir, tak semudah menaip di blog-blog untuk tatapan insan2 yang dahagakan ruh baru,tak semudah menyelak 'kitab-kitab' comel bersaiz buku 555 yang berbicara tentang nikmat Islam dan Iman, tak semudah juga menadah telinga mendengar kuliah-kuliah online, tak semudah..x semudah..dan x semudah e2.
Namun Bisa saja..Kita berusaha walau sedetik cuma.

ProGRaM PeNGHuNi SyuRGa menyusul mengikut sorotan mata anda.


Dari Abi Ja'afar as: Barangsiapa membaca tasbih dengan Tasbih Fathimah kemudian membaca istiqfar kepada Allah, maka Allah akan mengampuninya. Tasbih itu seratus dengan lisan tetapi seribu dalam timbangan, mengusir syaitan, dan membuat redha ar-Rahman."

4- Selalu Membaca Shalawat Kepada Muhammad Dan Keluarganya

Nabi Muhammad saww: "Manusia yang paling mengabaikan aku adalah orang yang apabila disebut namaku di hadapannya, dia tidak bershalawat kepadaku. Shalawat kepadaku dan kepada keluargaku menghilangkan kemunafikan."

5- Selalu Istiqfar Dan Memohon Ampun

Dari para Imam as: "Sebaik-baik ibadah adalah istiqfar."
Rasulullah saww: "Segala sesuatu ada ubatnya, dan ubat dosa adalah istiqfar."

Read zahraqurratulain.blogspot.com