Teman Seperjuangan

Belongings Of The Prophet P B U H

Meniti Titian Kebenaran

Photo Ihsan : http://menitititiankebenaran.blogspot.com/2009/10/kita-adalah-umat-akhir-zaman-yang.html

Kebenaran yang beliau bincangkan adalah mengenai perbezzan mazhab yang ketara dalam akidah dan ibadat umat Islam sedunia. beliau mengemukakan pendapat dan hujjah-hujjah yang kukuh dan bernas serta dilengkapi dengan fakta al-quran, hadits dan sejarah yang terbukti kukuh dan benar. Jika pembaca mengamatinya, maka pasti akan mendapat sinar ilmu yang baik dalam menajamkan minda umat Islam seterusnya menilai sejauh mana kebenaran pegangan akidah umat Islam kini.

Saya rasa teruja apabila penulis dapat membahaskan dengan panjang lebar asal-usul sesebuah mazhab berserta ketua mazhab itu sendiri. beliau telah membuat kajian dengan sebaiknya mengenai perkara tersebut dengan jumlah buku-buku rujukannya yang mencapai 400 buah buku dari rujukan berbahasa arab khususnya dari penulis dan ulama-ulama terbilang.

Sumber: http://ms.shvoong.com/books/1848625-meniti-titian-kebenaran/

~~~~~~

Kita adalah umat akhir zaman yang menerima Islam kerana tuah yang mana dengan kehendak-Nya kita dilahirkan sebagai seorang muslim. Tidak seperti sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Salman al-Farisi yang mencari-cari kebenaran iaitulah al-haq.

Pada asasnya al-haq itu wajib dicari. Kebenaran Islam tidak akan datang dan tidak dapat dipastikan ketulenannya hanya dengan bertaqlid kepada ibu-bapa atau keturunan kita yang sudah sedia Islam. Ini adalah kerana kepercayaan ibu bapa atau nenek moyang merupakan kepercayaan yang mereka warisi dari keturunan mereka, yang masih lagi belum diketahui sejauh mana kebenaran dan ketulenannya. Janganlah kita sebagai umat Islam rela menggolongkan diri kita ke dalam kumpulan umat yang buta dan keras hati demi mempertahankan kepercayaan nenek moyang seperti yang telah dirakamkan Allah s.w.t di dalam al-Quran menerusi surah al-Baqarah: 170

واذا قِيلَ لهم اتَّّبِعوا ما أَنزَلَ الله قالوا بل نَتَّّبِعُ ما ألْفَيْنَا عليهِ أبَآءَنا أوَلَو كان أبآءُهُم لا يَعقِلون شيأً ولا يَهتَدون

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang diturunkan Allah!” Mereka menjawab: “(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami”. (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”

Firman-Nya lagi menerusi surah al-Maidah: 104

وَاِذَا قِيلَ لهم تعالَو إلى ما أنزَلَ الله وإلى الرَّسولِ قالوا حَسبُناَ ما وَجَدْنَا عليه أبآءَنا أولَو كَانَ أبآءُهُم لاَ يَعقِلوُن شَيأً ولا يَهتَدُون

“Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan mengikuti Rasul!” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami warisi dari nenek moyang kami!” (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?!”

Ayat-ayat seumpama ini banyak dirakamkan Allah s.w.t dan akan terus kekal wujud di dalam al-Quran. Ini sekaligus membuktikan bahawa sikap manusia fanatik dan bertaqlid buta dalam beragama masih lagi wujud di dalam masyarakat manusia hari ini khususnya mereka yang beragama Islam. Atas dasar cinta kepada nenek moyang, mereka kabur dari seruan kebenaran meskipun cahayanya bersinar terang di hadapan mata. Inilah yang dinamakan Islam Warisan.

Betapa ramai di antara umat Islam yang memiliki sarjana dan berpelajaran tinggi hingga ke menara gading malah berjawatan tinggi dan bergaji mewah. Malangnya di dalam urusan aqidah dan soal agama, mereka terkunci di penjara taqlid buta yang membunuh minda dan jiwa. Mereka tidak sudi atau berani mendengar keterangan dan fakta-fakta yang bertentangan dengan kepercayaan dan keyakinan mereka atau sesuatu yang berbeza dengan apa yang menjadi kepercayaan majoriti umat. Bahkan mereka lebih dipengaruhi sentimen dari bersikap rasional dan profesional. Mereka mendakwa berpegang dan mengikuti garisan al-Quran dan as-Sunnah, padahal tanpa disedari sebenarnya mereka sudah semakin jauh terpinggir bahkan menyimpang dari pimpinan keduanya. Mereka tetap kekal malah membatukan diri di dalam sebuah keyakinan yang belum diuji dan dicabar kebenarannya.

Pedoman pernah menyatakan:

“Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu!”

Hari ini umat Islam terus berjalan menyusuri masyarakat mereka tanpa pernah mahu bertanya apakah agama Islam yang ada di sisi mereka ini yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah s.w.t? Jika benar, mengapa ada yang mengaku sebagai Islam tetapi memiliki ideologi agama yang berbeza? Khususnya di dunia kita sekarang yang berlaku banyak pertumpahan darah di merata Negara dan negeri yang semuanya dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai seorang muslim.

Apakah kita selaku umat Islam berfikiran bahawa agama Islam itu hanya sebuah agama yang hanya berasaskan kepercayaan dan amalan-amalan semata-mata? Jika demikian, maka cara kita beragama saling tak tumpah seperti corak agama lain seperti Hindu, Buddha dan lain-lain. Mereka beragama hanya di kuil atau di tempat-tempat persembahan semata-mata tetapi bukan menjadikan agama sebagai cara hidup.

Apakah kita benar-benar memahami agama Islam? Apakah tolak ukur yang menjadi tunjang kebenaran Islam yang sebenar? Apakah kita tidak pernah merasakan bahawa kita kini bagaikan hidup di bawah timbunan kebodohan atau dibodohkan sepanjang hidup kita? Ingatlah bahawa Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Isra`: 36

ولا تقْفُ ما ليسَ به عِلم * انّ السَّمْعَ والبَصَرَ والفُوأدَ كلّ أولئك كان عنه مسؤؤلا

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya! Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”

Ayat suci ini jelas menegah umat manusia mempercayai dan menuruti sesuatu yang belum pasti kebenarannya. Sebaliknya diperintahkan agar kita menggunakan sebaik mungkin nikmat pancaindera yang dianugerahkan Allah s.w.t untuk menilai dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Islam adalah sebuah agama yang mampu membentuk keperibadian penganutnya kerana ia bukanlah sebuah agama berdasarkan kepercayaan semata-mata. Kekuatan Islam terletak kepada aqidah yang jitu dan benar. Kekuatan aqidah pula membentuk kepercayaan dan keyakinan seterusnya dibuktikan dengan amalan-amalan ibadah harian. Dengan ini Islam selayaknya menjadi cara hidup seharian umat manusia. Inilah yang dinamakan agama yang benar.

__________________
AceGlobal13@UstazKampung

Sumber: http://www.jombincang.com/forum/agama/1460-meniti-titian-kebenaran.html

***********

Baca juga di sini http://menitikebenaran.weebly.com/