Teman Seperjuangan

Belongings Of The Prophet P B U H

Program Syurga - Part 2




x semudah itu..
Namun harus bisa melangkah, walau hanya setapak langkah si kura-kura.




6- Selalu Berzikir Kepada Allah AWJ.

Rasulullah saww bersabda: "Barangsiapa berkata Subhanallah, Allah tanamkan baginya satu pohon di syurga. Barangsiapa membaca Alhamdulillah, Allah tanamkan baginya satu pohon di syurga. Barangsiapa berkata La ilaha illallah, Allah tanamkan baginya satu pohon di syurga".

7- Solat-solat Sunat Harian

Dari Abul Hasan as: "Solat-solat sunat adalah korban setiap mukmin."
Dari Imam Hassan al-Askari as: "Karekter mukmin (pengikut ahlul Bait)ada 5: melakukan solat 51 rakaat,ziarah ar'bain, memakai cincin di sebelah kanannya, bersujud dengan pelipis (setelah bersujud dengan dahi)dan menzaharkan Bismillahirrahmanirrahim".

Penjelasan tentang solat 51 rakaat-

2 Rakaat sebelum subuh, 8 rakaat sebelum zuhur, 8 rakaat sebelum asar, 4 rakaat sesudah maghrib, 2 rakaat sambil duduk setelah solat i'sya, dan 11 rakaat solat malam + solat fardhu.

8- Meyambung Silaturrahim Terutama Dengan Orang Tua

Silaturrahim memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Silaturrahim membersihkan amalan, melipatgandakan kekayaan, menolak kecelakaan, dan menangguh kematian.

9- Menyesali Dosa

Amirul Mukminin 'Ali as: " Penyesalan atas keburukan akan mendorong orang meninggalkan keburukan itu".
Aba Abdillah as: "Siapa yang berbahagia kerana perbuatan baik dan berduka kerana perbuatan buruk, pastilah dia seorang mukmin".

10- Tidak Membongkar Aib Orang Beriman

Rasulullah saww bersabda: "Janganlah kamu menyebarkan aib orang beriman. Kerana barangsiapa menyebarkan aib orang mukmin, Allah pun akan menyebarkan aibnya; dan barang siapa yang Allah bukakan aibnya, Allah akan mempermalukanya walaupun ia berada dalam rumahnya sendiri".

10/33

Posted by zahra_ qurratulain

Sumber: Read zahraqurratulain.blogspot.com

Program Penghuni Syurga - Part 1




Mengejar Kaseh Dan Syurga Tuhan tak semudah ucapan di bibir, tak semudah menaip di blog-blog untuk tatapan insan2 yang dahagakan ruh baru,tak semudah menyelak 'kitab-kitab' comel bersaiz buku 555 yang berbicara tentang nikmat Islam dan Iman, tak semudah juga menadah telinga mendengar kuliah-kuliah online, tak semudah..x semudah..dan x semudah e2.
Namun Bisa saja..Kita berusaha walau sedetik cuma.

ProGRaM PeNGHuNi SyuRGa menyusul mengikut sorotan mata anda.




1- Memelihara Waktu Solat

Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang maksudnya bahawa nanti setelah manusia dihisab, ia akan masuk syurga. Para malaikat berkata kepadanya: "Tunggulah di sini di bawah lindungan ini, di dekat pintu syurga." Orang itu dapat melihat seluruh istana, pasangan-pasangannya, dan kebun-kebun yang di dalamnya. Setelah seketika berlalu, bertambahlah kerinduannya kepada apa yang diberikan Allah kepadanya. Dia berkata: "Wahai Malaikat Rahmat, aku melihat orang-orang sesudahku masuk ke syurga sedangkan aku diakhirkan di sini. Mengapa diakhir-akhir?" Para Malaikat menjawab: "Aku mengakhirkan kamu kerana kamu mengakhirkan solatmu di dunia".

2- Menghadiri Solat Berjamaah

Rasulullah saww bersabda kepada Jibril as: "Apa yang diperoleh ummatku dalam solat berjamaah?" Jibril as berkata: "Wahai Muhammad, setiap rakaat yang dilakukan seorang Mukmin bersama imam jamaah lebih baik baginya daripada bersedekah seratus ribu dinar kepada orang miskin; satu sujud yang dia lakukan bersama imam lebih baik daripada ibadat satu tahun..Tidak ada azab kubur dan kepedihan Hari Kiamat bagi orang yang menjalankan sunnah dan jamaah."
Rasulullah saww bersabda: "Takbir yang pertama bersama imam lebih baik daripada dunia dan segala isinya."

3- Bertasbih Dengan Tasbih Az-Zahra' Terutama Setelah Solat.

Mengejar Kaseh Dan Syurga Tuhan tak semudah ucapan di bibir, tak semudah menaip di blog-blog untuk tatapan insan2 yang dahagakan ruh baru,tak semudah menyelak 'kitab-kitab' comel bersaiz buku 555 yang berbicara tentang nikmat Islam dan Iman, tak semudah juga menadah telinga mendengar kuliah-kuliah online, tak semudah..x semudah..dan x semudah e2.
Namun Bisa saja..Kita berusaha walau sedetik cuma.

ProGRaM PeNGHuNi SyuRGa menyusul mengikut sorotan mata anda.


Dari Abi Ja'afar as: Barangsiapa membaca tasbih dengan Tasbih Fathimah kemudian membaca istiqfar kepada Allah, maka Allah akan mengampuninya. Tasbih itu seratus dengan lisan tetapi seribu dalam timbangan, mengusir syaitan, dan membuat redha ar-Rahman."

4- Selalu Membaca Shalawat Kepada Muhammad Dan Keluarganya

Nabi Muhammad saww: "Manusia yang paling mengabaikan aku adalah orang yang apabila disebut namaku di hadapannya, dia tidak bershalawat kepadaku. Shalawat kepadaku dan kepada keluargaku menghilangkan kemunafikan."

5- Selalu Istiqfar Dan Memohon Ampun

Dari para Imam as: "Sebaik-baik ibadah adalah istiqfar."
Rasulullah saww: "Segala sesuatu ada ubatnya, dan ubat dosa adalah istiqfar."

Read zahraqurratulain.blogspot.com